Kerjaya lakonan Robert De Niro

1963-1974: Permulaan

Peran filem pertama De Niro terjadi pada saat usia 20, ketika beliau muncul dalam filem karya Brian De Palma tahun 1963 The Wedding Party, tetapi filem itu tidak dirilis sampai tahun 1969. Dia kemudian muncul dalam filem , Bloody Mama (1970) arahan sutradara Roger Corman. Dia mendapat perhatian luas ketika berperan sebagai pemain Major League Baseball yang sekarat dalam filem Bang the Drum Slowly (1973).

Sejak 1970-an: Kolaborasi bersama Martin Scorcese

Beliau mulai bekerja sama dengan Martin Scorsese ketika beliau memainkan watak Johnny Boy dalam filem Mean Streets (1973).[20] Sejak itu, mereka berdua giat bersama dalam hampir setiap filem dibikin Martin termasuk Taxi Driver (1976), New York, New York (1977), Raging Bull (1980), The King of Comedy (1983), Goodfellas (1990), Cape Fear (1991), dan Casino (1995). Mereka juga berakting bersama-sama dalam filem Guilty by Suspicion (1991) dan memberikan suara mereka untuk filem animasi Shark Tale (2004). Taxi Driver adalah filem yang sangat penting dalam karier De Niro. Penampilan ikoniknya sebagai watak Travis Bickle membawanya menjadi bintang dan namanya selalu terkait dengan monolog watak tersebut yang berperwatakan terpendam dan agresif - sebahagiannya besar hasil improvisasi De Niro sendiri.[21] Peran Bickle membuatnya mendapatkan nominasi Anugerah Akademi pertamanya untuk kategori Pelakon Terbaik. Perannya sebagai Jake LaMotta dalam filem Raging Bull dan sebagai Max Cady dalam filem Cape Fear juga mendapatkan pujian

Kemasyhuran

De Niro mula menaikkan nama sendiri melaluiperan penting dalam filem arahan sutradara Francis Ford Coppola, The Godfather Part II (1974), beliau memainkan watak Vito Corleone muda. Coppola mengingat bahawa De Niro pernah ikut dalam audisi sebelumnya, untuk mendapatkan peran Sonny Corleone, Michael Corleone, Carlo Rizzi, dan Paulie Gatto dalam filem The Godfather. Penampilan De Niro sebagai Vito Corleone muda, membuatnya mendapatkan Anugerah Akademi pertamanya, untuk kategori Pelakon Pembantu Terbaik, namun pada saat upacara penyerahan penghargaan, Coppola lah yang menerima penghargaan karena De Niro tidak hadir pada upacara tersebut. De Niro menjadi pelakon pertama pemenang Anugerah Akademi yang berbicara terutama bahasa asing dalam filem yang beliau perankan. Dalam hal ini, berbicara beberapa dialek Sicilia,[20] meskipun beliau menyampaikan beberapa baris dialog dalam bahasa Inggeris. Dia dan Marlon Brando, yang memainkan Vito Corleone tua dalam filem pertama, adalah satu-satunya pelakon yang memenangkan Oscar karena memerankan karakter fiksi yang sama. Keduanya tampil bersama dalam filem The Score (2001).

Pada tahun 1976, De Niro tampil dalam filem 1900 yang disutadarai oleh Bernardo Bertolucci, berkisah tentang kehidupan di Italia sebelum Perang Dunia II, dilihat melalui mata dua orang sahabat masa kecil Italia di sisi berlawanan dari hierarki masyarakat. Dia juga membintangi The Last Tycoon (1976) disutradarai Elia Kazan. Kazan ada menceritakan semasa pembikinan filem ini bahawa De Niro sanggup "melakukan apa saja untuk berhasil" - De Niro dicatat bahawa beliau menurunkan berat badannya dari 170 paun menjadi 128 pain untuk peran dalam filem ini. Kazan menambahkan bahawa De Niro "adalah salah satu dari sejumlah pelakon yang pernah beliau sutradarai yang sangat bekerja keras, dan satu-satunya yang meminta untuk berlatih pada hari Minggu. Sementara sebagian yang lainnys bermain tenis.